Monday, June 1, 2009

Adakah Era Jose dapat di kembalikan?


LONDON: Kejayaan Guus Hiddink harus memberi cabaran kepada Carlo Ancelotti yang akan mengambil tugasan selaku pengurus baru Chelsea, minggu ini buat menyambung rentetan kejayaan kelab The Blues itu selepas menjulang trofi Piala FA buat kali kelima, kelmarin.

Hiddink mengakui pesta dalam bilik persalinan selepas menewaskan Everton 2-1 di Stadium Wembley adalah cara terbaik menamatkan tempoh kendalian singkatnya, tetapi dia mahukan kejayaan itu menjadi petanda kepada tempoh lebih teratur di Stamford Bridge.

Pengurus berasal dari Belanda itu menyertai bintang Chelsea dalam pesta liar di bilik persalinan di Wembley, kelmarin, yang turut menyaksikan Roman Abramovich turut sama menari bersama-sama Michael Essien, Didier Drogba, John Obi Mikel serta anggota pasukan lain.


Trofi pertama dalam tempoh dua tahun menjelmakan sambutan itu kepada kelab yang sudah biasa dengan suasana gembira ketika di bawah kendalian Jose Mourinho.


Tetapi, ketika Hiddink gembira menikmati detik perpisahan sebelum kembali sepenuh masa selaku pengurus Russia, pengendali yang dikenali dengan sentuhan ajaib itu percaya era seperti Mourinho perlu dikembalikan Abramovich jika Chelsea terus mahu berpesta pada masa depan.

"Suasananya memang emosional di bilik persalinan kerana kami mahukan piala ini. Kami menari tarian Afrika, kemudian saya kumpulkan pemain dan petugas dalam bilik lain kerana saya tidak akan lagi dapat peluang bercakap dengan mereka.

"Saya bercakap lima minit untuk berterima kasih kepada mereka, dengan agak emosional, selepas sama-sama berusaha dalam empat bulan terakhir. Kini saya rasakan kestabilan adalah keperluan utama untuk kelab ini.

"Mereka ada terlalu banyak perubahan sejak beberapa tahun lalu dan mereka sendiri mengakuinya. Mereka perlukan strategi jangka panjang supaya mampu membina pasukan dan mengekalkan persembahan di tahap tertinggi.

"Pemain-pemain tahu apa yang mampu mereka lakukan. Kejayaan ini mungkin jadi masa untuk masa depan. Mereka sudah buktikan bahawa mereka mampu melakukannya," kata Hiddink.


Sumber:Berita Harian

No comments:

Post a Comment